apabila mengenangkan diri cumalah golongan marhaen, saya mengeluh. mana tidaknya, saya turut terbabit sebagai mangsa birokrasi ini.saya sedar, siapalah diri saya ini. namun, setidak-tidaknya saya juga turut berhak menerima layanan yang sewajarnya.
Saya telah pergi ke sebuah poliklinik di sarawak untuk memeriksa bengkak pada bahu saya pada 15 februari 2010. malangnya, pakar perubatan tersebut telah mengesyorkan saya untuk pada 17februari 2010 memendangkan hari itu mereka hanya menerima kes-kes yang biasa seperti demam dan selesema. saya terpaksa menerima cadangan tersebut memandangkan masalah sayua ini tidaklah seserius mana.
Pada 17 februari 2010 itu, saya pergi lagi ke poliklinik tersebut. pakar pun memeriksa saya dan membuat temujanji dengan pakar perubatan di hospital umum. saya gembira kerana menyedari saya akan membuat pembedahan kecil sebaik sahaja temujanji saya berjalan.
hari ditunggu telah tiba. saya telah ke hospital bertemu doktor. beliau telah memeriksa saya dan membuat tarikh baru pembedahan . saya sangat kecewa kerana tidak dibedah pada hari itu. saya hanya akan dibedah pada 12 mac 2010. berapa kali saya akan mengulangi proses yang sama hanya untuk masalah yang REMEH TEMEH? saya terfikir sejenak....
nampaknya, birokrasi masih subur dan masih tegar akar umbinya di Malaysia........................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan